Piagam


Fasal 01 - NAMA
   Tabung ini dikenali dengan nama:

   Tabung Kebajikan Keluarga Haji Jantan (TKKHJ)
   Selepas ini disebut 'TKKHJ'

Fasal 02 - TEMPAT URUSAN
   Alamat dan tempat urusan ialah:

   AK 8,
   Taman Desa Kenaga,
   43500 Semenyih,
   Selangor Darul Ehsan.

   atau di tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
   Jawatankuasa dan alamat surat menyurat:

   Lorong Eshah Haji Ismail,
   Batu 21 1/2,
   Jalan Sungai Lalang,
   43500 Semenyih,
   Selangor Darul Ehsan.

Fasal 03 - LOGO
   Keterangan dan contoh logo yang berwarna seperti lampiran A

Fasal 04 - E-MAIL & LAMAN SESAWANG
   E-mail & laman sesawang TKKHJ adalah seperti berikut:

   E-mail : tkkhj2008@gmail.com
   Laman sesawang : http://tkkhj.blogspot.com 

Fasal 05 - TUJUAN/ MATLAMAT
   Tujuan/ matlamat penubuhan TKKHJ ini ialah atas dasar kebajikan keluarga
   disamping mengeratkan silaturahim sesama muslim.

Fasal 06 - KEAHLIAN
   Keahlian terbuka kepada semua keluarga dari keturunan Haji Jantan Bin Yasin
   dan ahli-ahli keluarga keturunan tersebut.

   Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah mengisi borang keahlian
   dan dihantar terus kepada Setiausaha/ E-mail kepada TKKHJ untuk
   diluluskan oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa boleh mengikut
   budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa
   memberi sebab-sebabnya.

   Permohonan yang telah diluluskan seperti yang disebut di atas hendaklah
   membayar yuran mengikut kadar semasa yang telah ditetapkan melalui
   persetujuan majoriti ahli.

Fasal 07 - YURAN, BAYARAN & KEWANGAN
   Yuran tahunan semasa adalah sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus
   Enam Puluh Sahaja (RM 360.00) dah hendaklah dijelaskan kepada Bendahari.

   Pembayaran boleh dibuat secara penuh/ berperingkat-peringkat secara tunai.

   Kewangan TKKHJ juga boleh diperolehi melalui kutipan/ sumbangan ikhlas
   daripada ahli-ahli dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Fasal 08 - PENAUNG
   Penaung TKKHJ ialah Allahyarham Haji Jantan Bin Yassin.

Fasal 09 - MESYUARAT AGUNG
   Mesyuarat agung TKKHJ perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya
   tiga kali setahun pada tarikh dan masa yang telah dipersetujui
   oleh majoriti ahli.

   Setiausaha hendaklah mencatat dan memberi salinan minit mesyuarat
   yang lepas kepada setiap Ahli Jawatankuasa untuk dibaca dan difahami
   setelah disahkan oleh Pengerusi TKKHJ.

   Bendahari hendaklah membentangkan laporan kewangan TKKHJ
   semasa mesyuarat.

Fasal 10 - DASAR KEBAJIKAN
   TKKHJ akan menghulurkan sumbangan mewakili semua ahli kepada
   keluarga yang menghadapi perkara berikut:

            Meninggal dunia     : RM 300.00
            Menunaikan Haji     : RM 300.00
            Majlis Perkahwinan     : RM 300.00                        

   TKKHJ akan merancang dan melaksanakan majlis kenduri doa selamat,
   kesyukuran dan tahlil arwah bagi mendapatkan keredhaan Allah swt.

   TKKHJ akan merancang dan melaksanakan majlis jamuan hari raya dan
   hari keluarga bagi mengumpulkan semua ahli keluarga serta mengeratkan
   hubungan silaturahim disamping dapat memupuk semangat kerjasama yang jitu.

   TKKHJ akan menghulurkan sumbangan sebanyak RM 50.00 sekali setahun
   kepada ahli keluarga TKKHJ yang bermalam kerana sakit/ rawatan
   di hospital kerajaan/ swasta.

   TKKHJ mewujudkan bonus/ intensif kecemerlangan pendidikan kepada
   anak-anak ahli bertujuan untuk menggalakkan mereka sentiasa berdaya saing
   serta dan sentiasa cemerlang disamping bagi menghargai usaha mereka
   mengharumkan nama keluarga.

   Kadar bonus/ intensif kecemerlangan pendidikan di atas akan diberikan
   kepada anak-anak ahli yang mencapai 'Key Performance Index' (KPI)
   yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh jawatankuasa seperti berikut :

            Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)     : RM 10.00/ A
            Ujian Sekolah Agama Negeri     : RM 10.00/ A           
        
            Penilaian Menengah Rendah (PMR)     : RM 10.00/ A
            Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)     : RM 10.00/ A
            Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)     : RM 10.00/ A

            Matrikulasi/ IPTA/ IPTS     : RM 200.00/ GPA 3.00 ke atas

   Setiap urusan tuntutan yang dinyatakan di atas hendaklah disertakan sekali
   salinan bukti (Resit/ Penyata/ Sijil/ Slip keputusan) kepada Setiausaha/
   Bendahari/ E-mail kepada TKKHJ.

   Setiap ahli TKKHJ layak membuat pinjaman perkahwinan sebanyak maksima
   Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja (RM 2000.00) dan pembayaran semula
   mesti dijelaskan dalam masa setahun (1 tahun) dari tarikh pinjaman dengan kelulusan majoriti ahli.

Fasal 11 - PIAGAM
   Piagam ini adalah piagam rasmi Tabung Kebajikan Keluarga Haji Jantan (TKKHJ).
   Semua Ahli TKKHJ dikehendaki mematuhi piagam ini.

   Jawatankuasa berhak meminda piagam ini dengan persetujuan majoriti demi
   kebaikan bersama.

Fasal 12 - UNDANG-UNDANG
   Undang-undang TKKHJ adalah berlandaskan undang-undang Islam.

Fasal 13 - PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN & PEMECATAN
   Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli TKKHJ hendaklah memberi
   kenyataan secara bertulis kepada Setiausaha dan melunaskan 
   segala hutangnya.

   Jawatankuasa melalui suara majoriti boleh memecat/ menggantung keahlian 
   mana-mana ahli bagi suatu tempoh yang dipersetujui dengan sebab-sebab 
   yang munasabah secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang 
   untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau 
   penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung 
   menunda atau membatalakan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

Fasal 14 - PEMBUBARAN
   TKKHJ ini boleh dibubarkan dengan persetujuan majoriti Jawatankuasa dalam
   suatu masyarakat agung yang dipanggil khas kerananya.

   Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini hendaklah disampaikan secara
   bertulis kepada semua ahli dalam masa 30 hari dari tarikh pembubaran.



Pindaan :


Fasal 10 - Pinjaman dan pembayaran semula perkahwinan sebanyak maksima
                  RM 2000.00 berkuatkuasa 2012. (10/12/2011)

Fasal 07 - Yuran keahlian semasa dinaikkan dari RM120.00 kepada
                  RM360.00 setahun berkuatkuasa 2012. (31/08/2011)

               
Kemaskini : 10 Disember 2011