JAMUAN HARI RAYA & MESYUARAT TKKHJ
Cahaya Negeri
No. 74, Jalan TTJS 3/9, Taman Tuanku Jaafar,
71450 Sungai Gadut, Seremban,
Negeri Sembilan.
31 Ogos 2011 (Raya ke-2)
ALHAMDULILLAH, segala aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakn dengan jayanya. Majlis bermula dengan ketibaan ahli keluarga pada pukul 10.00 pagi-12.30 pagi. Selepas itu, diikuti oleh ucapan aluan daripada Tuan Pengerusi, En. Yusof Bin Haji Jantan dan bacaan doa oleh En. Amirul Asyraf Bin Ahmad Nawir.
Majlis diteruskan dengan jamuan hari raya & makan tengahari. Pelbagai menu dihidangkan hasil masakan caterer tempatan antaranya, asam pedas, ayam rempah, gulai daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi. Selepas makan, semua ahli keluarga beristirahat sambil beriadah dengan pelbagai aktiviti antaranya menonton televisyen, membaca majalah, surat khabar & bermandi-manda di kolam renang.
Pada pukul 4.00 petang mesyuarat TKKHJ dimulakan bagi membincangkan perkara berbangkit & baru. Selain itu TKKHJ juga menerima empat keahlian baru iaitu :
Pn. Sarinah Binti Yusof & keluarga
En. Hisham Bin Hashim & keluarga
Pn. Rozaina Binti Hashim & keluarga
Pn. Syaridah Binti Hashim & keluarga
Semua ahli keluarga baru & lama juga dikehendaki mengisi borang keahlian bertujuan untuk dokumentasi.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi & pemberian duit raya. TKKHJ merakamkan jutaan terima kasih kepada semua & memohon maaf di atas kekurangan/ kesalahan sepanjang melaksanakan aktiviti ini.
Waktu petang pergi ke pekan,
terjumpa Rama tengah menari,
selamat datang kami ucapakan
di lain masa berjumpa lagi.