Thursday, 12 January 2012






" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Walimatul Urus
AMIRUL ASYRAF & NOOR SYUHAIDA

Rumah Pengantin Perempuan:
5 FEBRUARI 2012
Lot 7414, Jalan Taman Sri Rumbia, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
11.00 pagi - 5.00 petang

Rumah Pengantin Lelaki:
17 MAC 2012
No.41 Jalan 1/8, Bandar Rinching, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
12.00 tengahari - 5.00 petang

* Semua ahli keluarga TKKHJ dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini, Insya Allah.


Wednesday, 5 October 2011




Pihak TKKHJ mengucapkan " SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN " kepada semua pelajar umumnya dan anak-anak ahli khususnya. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan.

BERUSAHA + BERDOA + BERTAWAKAL

Sunday, 11 September 2011

31 OGOS 2011

JAMUAN HARI RAYA & MESYUARAT TKKHJ
Cahaya Negeri
No. 74, Jalan TTJS 3/9, Taman Tuanku Jaafar,
71450 Sungai Gadut, Seremban,
Negeri Sembilan.
31 Ogos 2011 (Raya ke-2)


ALHAMDULILLAH, segala aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakn dengan jayanya. Majlis bermula dengan ketibaan ahli keluarga pada pukul 10.00 pagi-12.30 pagi. Selepas itu, diikuti oleh ucapan aluan daripada Tuan Pengerusi, En. Yusof Bin Haji Jantan dan bacaan doa oleh En. Amirul Asyraf Bin Ahmad Nawir.

Majlis diteruskan dengan jamuan hari raya & makan tengahari. Pelbagai menu dihidangkan hasil masakan caterer tempatan antaranya, asam pedas, ayam rempah, gulai daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi. Selepas makan, semua ahli keluarga beristirahat sambil beriadah dengan pelbagai aktiviti antaranya menonton televisyen, membaca majalah, surat khabar & bermandi-manda di kolam renang.


Pada pukul 4.00 petang mesyuarat TKKHJ dimulakan bagi membincangkan perkara berbangkit & baru. Selain itu TKKHJ  juga menerima empat keahlian baru iaitu :

Pn. Sarinah Binti Yusof & keluarga
En. Hisham Bin Hashim & keluarga
Pn. Rozaina Binti Hashim & keluarga
Pn. Syaridah Binti Hashim & keluarga

Semua ahli keluarga baru & lama juga dikehendaki mengisi borang keahlian bertujuan untuk dokumentasi. 


Majlis diakhiri dengan sesi fotografi & pemberian duit raya. TKKHJ merakamkan jutaan terima kasih kepada semua & memohon maaf di atas kekurangan/ kesalahan sepanjang melaksanakan aktiviti ini.

Waktu petang pergi ke pekan,
terjumpa Rama tengah menari,
selamat datang kami ucapakan
di lain masa berjumpa lagi.